Kelas PDPR & Advokasi KDB

30 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Dalam menghasilkan cara belajar yang lebih efisien di atas talian, Pedi Machan menyediakan tempat belajar yang lebih kondusif kepada pelajar yang memerlukan internet berkelajuan tinggi.

Pada 29 Mac lau, Pedi Machan telah membantu 2 Orang pelajar dari pedalaman untuk mengikuti kelas PDPR dengan selesa, selamat dan tidak mudah diganggu. Oleh itu, pelajar harus bijak untuk mengunakan kemudahan internet yang telah disediakan supaya tidak terlepas apa-apa perkara mengenai tugasan dan pembelajaran yang diberikan oleh cikgu di sekolah.

Pelajar turut diterapkan dengan peranan dalam kesedaran tentang amalan penggunaan internet yang postif dan beretika dalam kalangan pengguna.Hal ini demikian kerana, mencipta sesuatu kandungan akan membawa kesan kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali